(Video) 'Kasih Cik Ah Kepada Tuannya' - 'Lembu Manja Peluk Tuan' Bakal Jadi Korban Aidiladha Ini




Siapa kata haiwan ternakan tidak mempunyai perasaan kasih sayang terhadap tuannya?

Foto seorang wanita warga emas dipeluk oleh lembu belaannya menjadi viral selepas dimuatnaik di Facebook.

Wanita warga emas itu adalah Faridah Lebai Abdullah, 61, manakala lembu ternakannya itu dikenali sebagai Cik Ah.

Cik Ah dilahirkan pada November tahun lalu namun ia bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.



Anak Faridah, Norgariza Saadin, 28, berkata kemesraan mula timbul selepas dia dan emaknya melihat sendiri Cik Ah dilahirkan.

Katanya, sebelum ini tugas menjaga kesemua sembilan ekor lembu milik keluarganya itu adalah di bawah tanggungjawab Allahyarham bapanya, Saadin Kasa namun selepas pemergian ayahnya pada 30 Ogos 2015, emak mengambil alih peranan tersebut.

“Cik Ah dilahirkan di depan mata kami sendiri dan memang seekor lembu yang manja. Kami menjaga Cik Ah di dalam kawasan rumah sahaja dan mengajarnya bermain seperti kucing dengan menyentuh lembut di bawah tengkuknya dan bagi lembu itu jilat tangan.

“Walaupun sayangkan Cik Ah tetapi emak tetap berhasrat untuk korbankannya pada Hari Raya Aidiladha ini. Biasanya kalau upacara korban, emak takkan tengok, pegang apatah lagi makan daging lembu korban tersebut,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sebelum ini, foto keakraban Cik Ah dan Faridah dimuat naik di Facebook oleh menantunya, Mohd Zaidi Desa.

Sumber: Utusan Online

Related Posts:

Tentera Israel Tahan Mufti Besar Baitulmaqdis




Pasukan keselamatan Israel telah menahan mufti besar Baitulmaqdis, Muhammad Ahmad Hussein, ketika orang ramai berkumpul di Kota Lama susulan serangan ke atas kawasan suci itu yang mengorbankan dua anggota polis.

Anak kepada mufti terbabit, Jihad, berkata bapanya sebelum itu berkumpul di Kota Lama bersama yang lain dan membantah penutupan masjid Al-Aqsa sebagai tempat ibadat selepas serangan.

Polis israel enggan mengulas insiden itu.

Jihad memberitahu AFP, bapanya dibawa ke sebuah balai polis berhampiran Kota Lama.

"Sehingga kini, kami tidak tahu apa berlaku dengan bapa saya," katanya.

Salah seorang dari pegawal peribadi kepada Muhammad berkata, polis 'merempuh orang ramai dan mufti.'

Insiden itu berlaku selepas tiga penduduk Arab Israel melepaskan tembakan ke arah polis Zionis, mengorbankan dua anggota sebelum melarikan diri ke kawasan suci sensitif itu sebelum ditembak mati.

Sumber: BH Online

Related Posts:

"Kami Akan Lumatkan Ibu Pejabat Kejahatan & Tanpa Belas Kasihan Binasakan Tentera AS" - Tentera Korea Utara




Korea Utara menaikkan lagi ancamannya terhadap Donald Trump hari ini selepas beberapa kenyataan yang mengatakan mereka mahu 'membinasakan' tentera Amerika Syarikat ketika kerisauan kedua-dua negara itu diambang perang.

Negara itu bersumpah untuk 'melumatkan' pangkalan AS dan ibu kota Korea Selatan, Seoul, jika mereka diugut oleh tentera AS - yang kini dalam keadaan bersedia di semenanjung Korea.

Negara itu berkata ia akan membinasakan tanpa belas kasihan kepada AS jika Washington menyerang. China pula turut memberi amaran bahawa kedua-dua negara itu boleh berperang bila-bila masa.

Retorik itu timbul selepas Korea Utara memberi amaran bahawa tweet dari Trump telah menyebabkan dunia berada diambang perang termo-nuklear.

Timbalan Menteri Pyongyang, Han Sol Ryol menuduh Trump membina tekanan bertubi-tubi dan memberi amaran: 'Kami akan berperang jika mereka memilihnya'.

Tambah Han Sol lagi, negara itu akan terus dengan program nuklear mereka dan akan melaksanakan ujian nuklear bila-bila masa pemimpin mereka rasakan perlu.

Tentera North Korea berkata ia akan melumatkan sehingga binasa Amerika Syarikat jika Washington memilih untuk menyerang. Kenyataan dari tentera negara itu berkata pangkalan tentera AS di Korea Selatan dan ibu pejabat kejahatan seperti Blue House (Rumah Putih versi Korea Selatan) akan dilumatkan dalam masa beberapa minit.

Dalam perkembangan terbaru, Air China telah memberhentikan penerbangan ke Pyongyang dan Jepun pula dikatakan sedang merancang untuk mengeluarkan 60,000 rakyatnya dari Korea Selatan.

Sumber: DM

Related Posts:

Black Hawk Down: "Hebat Juga Tentera Malaysia Rupanya, Kita Jer Yang Tak Tahu"

























Pasti ramai yang tahu akan kehebatan filam Hollywood bertajuk Black Hawk di mana tentera sebuah helikopter Amerika Syarikat terhempas di tengah ibu negara Somalia selepas ditembak pemberontak. Filem berkenaan menunjukkann askar-Askar dari Pakistan dan Amerika sendiri cuba menyelamatkan tentera yang terhempas berkenaan, namun selepas didedahkan ternyata filem berkenaan tidak menggambarkan fakta sebenar kejadian di mana sebenarnya askar dari Malaysia yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan. 

Ternyata filem berkenaan telah menyinggung banyak pihak terutamanya wira-wira yang bergadai nyawa menyelamatkan tentera Amerika berkenaan di mana ketika itu dikatakan agak mustahil untuk menyelamatkan mereka. Jom kita baca nukilan Tuan Mohd Monier tentang kehebatan tentera kita yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan yang memang tidak akan dikongsikan oleh media antarabangsa. NEXT >>

Related Posts:

Black Hawk Down: "Hebat Juga Tentera Malaysia Rupanya, Kita Jer Yang Tak Tahu"




Pasti ramai yang tahu akan kehebatan filam Hollywood bertajuk Black Hawk di mana tentera sebuah helikopter Amerika Syarikat terhempas di tengah ibu negara Somalia selepas ditembak pemberontak.

Filem berkenaan menunjukkann askar-Askar dari Pakistan dan Amerika sendiri cuba menyelamatkan tentera yang terhempas berkenaan, namun selepas didedahkan ternyata filem berkenaan tidak menggambarkan fakta sebenar kejadian di mana sebenarnya askar dari Malaysia yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan.

Ternyata filem berkenaan telah menyinggung banyak pihak terutamanya wira-wira yang bergadai nyawa menyelamatkan tentera Amerika berkenaan di mana ketika itu dikatakan agak mustahil untuk menyelamatkan mereka.

Jom kita baca nukilan Tuan Mohd Monier tentang kehebatan tentera kita yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan yang memang tidak akan dikongsikan oleh media antarabangsa.



Duk sembang pasal politik pasal budak sekolah viral, meh kita sembang pasal Tentera pula, pasal ATM khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tadi bersembang talipon dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik. Saya call dia nak tanya kisah "Black Hawk Down" di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak dak pun babak Tentera Malaysia pi selamatkan tentera Amerika tu.

Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sg Layar Sg Petani nak berangkat naik k.terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di airport. Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita kat saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya team ATM pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.



Tadi saya telepon Mael nak confirm sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan2 dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang tu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yg berlaku. Lepas tu baru dapat maklumat yg Black Hawk tentera Amerika dlm operasi menangkap Jen Aidit Warlord Somalia tu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya PBB hantar pasukan dari negara lain untuk pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung tu, tentera Pakistan kalau tak silap - tapi tak lepas nak masuk sebab tembakan roket dam lain-lain bertalu-talu..

Last-last depa minta bantuan Malaysia.

Mael kata lepas solat maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan market Bukhara. Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak somalia, dari maghrib hingga ke subuh, roket dan segala makneka(jenis) senjata api ditembak bertalu-talu. Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeza, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas subuh baru reda, waktu tu lah depa pi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung. Mael kata kalau tentera kita tak pi bertempur sepanjang mlm tu, pakai mati habislah tentera-tentera Amerika yang terkepung tu. 




Salah seorang wira kita
Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia ATM yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga duk dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia !!

(Mael sepupu saya nie pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan2 dia yg turun perang malam tu sekarang dah pencen dan kerja jaga pump minyak di Sg Petani. Mael kata nak wat gena, askar pencen mcm tu ja lah kerjanya...perwira negara tu..:-(




Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk down, sebelum tu bukan kata nak naik, nak amik gambaq keta depa pun tentera Amerika tak bagi, tapi lepas kejadian berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika mai melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita aje yg tak tahu !!
Saja nak kongsi.
Tkasih






Related Posts:

17 KEHEBATAN Tentera Malaysia Yg Ramai TAK TAHU. No #6 Yang Paling LEJEN !


Sudah 50 tahun merdeka, Malaysia menjadi sebuah negara yang aman sentosa. Tapi ramai tak tahu di sebalik keamanan negara Malaysia ini, berdiri sebuah organisasi tentera yang sangat hebat dan digeruni seluruh dunia.

Mungkin ada yang dah tahu tentang komando dan sebagainya. Tapi tahukan anda tentang unit-unit lain yang awesome. Di bawah merupakan 17 kehebatan tentera Malaysia yang ramai tak tahu. KONGSIKAN Tekan SHARE selepas baca ye.



KONGSIKAN Tekan SHARE selepas baca ye
Sumber : Siakapkeli

Related Posts: